Bruneian Glasgow Soccer Archives

PERLAWANAN SERI DENGAN 5 GOL-(Uploaded 26/2/2001)

Perlawanan bola sepak terajang diteruskan lagi seperti biasanya dengan badar-badar di bubarkan lagi demi untuk memeriahkan lagi perlawanan dan meningkatkan skill masing-masing.

Badar-badar dipilih mengikut ketangkasan dan kemampuan mereka bersaing di padang pertempuran dan mereka berchos untuk membahagikan badar-badar ini, dan akhirnya lahirlah dua pasukan yang bergelar Glasgow Chos Menang dan Glasgow Chos Kalah.

Glasgow Chos Menang mengandungi Ak Ilham, Meera, Luni, Ak Rasman, Abang Zuhaini dan Pg Hj Salim dan Glasgow Chos Kalah mengandungi Hammry, Hasnan, Jiing, Hj Shamsul, Fazillah dan Shahmun. Dan disebabkan pada ketika itu Airul tidak dapat turun berjuang kerana masalah peribadi, Ishak menjadi pemain import ketika itu dengan bertukar-tukar pihak mengikut bahagian masa.

Dan dengan jaringan 5 sama yang telah terjadi membuktikan bahawa kedua belah pasukan memang sama kuat dan tangkasnya, tidak lupa juga dengan tabarusnya masih tetap menyerlah.

Ketika perlawanan pada petang hari itu banyak belakunya incident-incident yang merbahaya dan skill-skill yang menarik serta bermutu tinggi dipamerkan oleh kedua-dua belah pihak. Mereka ini berjuang dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan ketahanan fizikal serta mental yang amat membara-bara.

Bagaimanapun berlaku juga sedikit incident kontroversi gol yang dijaringkan oleh Hammry diakhir-akhir permainan yang tidak dikira kerana masa perlawanan telah tamat dan pemain masa itu sudah mula meninggalkan padang.

Penjaring-penjaring Glasgow Chos Menang ialah Luni(1), Pg Hj Salim(1) dan Meera(3) manakala Glasgow Chos Kalah ialah Hammry(2), Fazillah(2) dan Jing(1).

Editor :- Badar247 WPS


SEJARAH MUNGKIN BERULANG - Preview perlawanan minggu ini (24/2/2001)

Permainan hambar pasukan X-tra yang tidak bermaya pada minggu lepas yang mengakibatkan pasukan itu kalah teruk disengat hebat oleh pasukan X-treme, sepatutnya dijadikan iktibar oleh para pemain pasukan X-tra agar tidak mudah leka diperlawanan seterusnya. Pasukan X-treme yang terdiri dari pemain-pemain yang kesemuanya berbakat, sudah pasti bersemangat tinggi untuk terus mengulangi sengatan berbisa mereka yang 'menjadi' pada minggu lepas.

Pasukan X-Treme sudah pastinya mahu bermimpi indah untuk melekatkan badi kekalahan pasukan veteran ke atas pasukan X-tra pula. Dalam pada itu, pasukan X-tra dikatakan menyusun strategi untuk penguatan dibahagian tertentu agar mampu mengikat dan menepis sengatan berbisa pasukan X-treme sehingga perlawanan tamat, seterusnya melenyapkan mimpi indah semingguan pasukan lawan itu. Ingatlah pasukan X-treme, kehampaan anda adalah mimpi indah buat pasukan X-tra.

Apakah pasukan X-tra mampu menjinakkan pasukan X-treme minggu ini, sama-samalah kita tunggu keputusannya apabila kedua-dua pasukan ini berentap sekali lagi di KevinHall Wembley.

- Editor: Rasman


Veteran Dan Freshies Dibubarkan

Jumaat, 16 Feb 2001 Pada kali ini Glasgow Veteran dan Freshies mixing up lagi. Ini adalah bertujuan bagi melatih diri serta menaikkan skill dan stamina masing-masing dalam menghadapi Indoor Football Open di Manchester Easter ini.

Perlawanan semalam dimenangi oleh Glasgow XTreme dengan jaringan 5 berbalas 2 dengan Glasgow XTra. Jaring-jaringan telah dibuat oleh Hammry,Luni dan MeERa bagi XTreme dan Airul dan Pg Salim bagi XTra.



Perlawanan Diteruskan lagi - Preview for 16/2/2001

Perlawanan ini diterusakan seperti biasanya di antara megastars Glasgow ini memandangkan kesemua pemain dijangka beraksi kembali. Pada kali ini, para pemain akan mencuba sedaya upaya untuk bermain dengan hangatnya bagi team masing-masing untuk memenangi perlawanan Jumaat ini. Adakah kedua-dua pasukan bersedia? Adakah juara bertahan Freshies masih memenangi perlawanan itu nanti atau pun Veteran?Kita tunggukan saja liputannya nanti.

Di samping itu juga para pemain dapat advantage untuk menaikkan stamina dan skill untuk menghadapi INDOOR FOOTBALL OPEN di Manchester Easter nanti....GO FOR GLASGOW, PLAY FOR BRUNEI, WIN FOR US!



Kejutan Freshies Tidak Menjadi Lagi

Perlawanan Sabtu lalu (10/2/2001) menunjukkan kemenangan tipis kali ke empat berturut-turut bagi Glasgow Freshies. Pada kali ini, Glasgow Veteran missing out dua pemain (Rasman dan Hj Shamshul) kerana ada hal peribadi. Walaupun demikian, Veteran masih mampu menentang cabaran ini dengan adanya pemain import dari Freshies (Ishak). Jadinya, kedua-dua pasukan hanya bermain dengan 6 pemain sahaja

Pasukan Freshies telah menjaringkan 8 gol berbalas 7. Seperti biasanya pemain harapan Freshies Hammry dan Airul menyerlah lagi. Kemenangan Freshies adalah atas jaringan daripada Hammry(2), Airul(3), Jiing(2) dan own-goal daripada ishak(pemain import untuk Veteran). Walaupun Rasman dan Hj Shamsul tidak dapat bermain, Veteran masih dapat mengejar Freshies dengan 7 gol. Gol-gol Veteran dilakukan oleh Luni(3), Fazilah(2), iLHaM(1) dan MeERa(1).



 

Mampukah Freshies Dikalahkan? - Preview untuk 10/2/2001

Selepas tertewasnya Pasukan Veteran, terukir senyuman menawan lagi indah dipandang di kalangan pemain-pemain Pasukan Freshies. Untuk kali ke 3 nya, Pasukan Freshies meraih kemenangan dengan sangat bergaya menyebabkan Pasukan Veteran tertenduk lesu mengenangkan kisah lalu.

Mungkin yang mejadi persoalannya sekarang ialah di manakah punca kekalahan Pasukan Veteran? Adakah kurangnya team work antara mereka? Tidak cukup stamina? Kurang latihan? atau alasan-alasan lain? Diharapkan selepas ini Pasukan Veteran akan bermain lebih besemangat kental yg tidak berbelah bahagi.

Bagi Pasukan Freshies pula, mereka tidak lagi merasa risau, takut dan gentar, untuk menentang Pasukan Veteran ini. Confidensi, kekuatan mental dan physical adalah kunci utama pasukan ini untuk memenangi perlawanan seterusnya.

Jadi, adakah perlawanan minggu ini akan sehebat perlawanan-lawanan lalu. Adakah penyerang Hammry, Airul dan Pengiran Salim menunjukkan belang mereka lagi? Mampukah Shamun,Ishak,Abang dan Jeng mempertahankan kubu mereka? Adakah Meera dan Ilham serta Luni berupaya menghidupkan pasukan mereka? Mungkinkah Rasman, Dillah, Hasnan dan Haji Shamsul berupaya mengekang penyerang pasukan Veteran? Oleh itu, kita tunggu dan saksikan aksi-aksi hebat dari kedua-dua pasukan minggu ini. Datanglah beramai-ramai, dan berilah sokongan moral yang maxima kepada kedua-dua pasukan ini. - Editor Ewam



SYABAS SEKALI LAGI!


Laporan Menyeluruh Perlawanan Persahabatan
Fri 2 February 2001 GLASGOW Veteran 5 - 6 GLASGOW Freshies

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Glasgow Freshies yang telah berjuang berhempas-pulas, rebah-limpah, kapus-kapus, rangka dan tabarus demi untuk menjaga maruah mereka sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan persahabatan dan terbukti, setiap nafas yang dihembuskan dan setiap titik peluh yang berlilihan akhirnya mampu juga mengekalkan kemenangan mereka buat yang ketiga kali berturut-turut musim ini. Memanglah sudah menjadi hasrat pasukan Glasgow Veteran untuk mengalahkan pasukan Glasgow Freshies, namun pasukan Glasgow Veteran kecundang juga dengan kekalahan tipis sungguhpun kembali beraksinya pemain harapan mereka menyahut cabaran walaupun kecederaan di bukulali (ankle) beliau belum lagi sembuh seratus-peratus akibat dari satu pergelutan sengit yang menyebabkannya berehat untuk sementara waktu, di perlawanan pertama musim ini.

Pasukan Glasgow Veteran telah mendahului jaringan di minit-minit awal hasil umpanan yang dibuat oleh pemain iLHaM dari sudut sebelah kanan lalu disempurnakan oleh pemain berbisa MeeRa dengan tendangan kencang dari tengah hadapan palang. Gol pertama ini membuatkan pasukan Glasgow Freshies bangkit mengasak bertalu-talu ke pintu jaringan pihak lawan namun segala percubaan dapat ditengkis oleh pertahanan pasukan Glasgow Veteran yang sebegitu kebal diawal-awal permainan. Tembakan demi tembakan dari pasukan penyerang Glasgow Freshies ke pintu palang membuatkan pasukan Veteran terkapus-kapus kehilangan nafas untuk mematahkan gelecek-gelecek berbisa dari barisan peyerang pasukan Freshies yang begitu kental dan bermati-matian. Akhirnya usaha mereka berbaloi juga dengan serangan berbisa pemain controvesi HammRy yang membawa bola dari kawasan tengah padang secara solo mengalahkan beberapa pasukan pertahanan pasukan Veteran dan menendangnya dengan cantik dan tajam dari sudut sebelah kanan penjaga gol menghasilkan gol semangat pasukan Freshies.

Kedudukan seri tidak lah memadai bagi kedua-dua belah pihak. Pasukan Veteran semakin kekurangan nafas dengan gelecek dan pecutan bintang-bintang handalan pasukan Freshies yang mengelirukan dan akhirnya mampu memecahkan tembok pertahanan pasukan Veteran. Sekali lagi penyerang handalan HammRy memecahkan kubu pertahanan pasukan Veteran dengan gelecek mengelirukan dan menembakkan bola dengan sebegitu tajam dari sudut yang sama. Rupanya mimpi buruk pasukan veteran belum berakhir, dengan penuh rakus dan tabarus sekali lagi penyerang berpotensi HammRy mengulangi replika jaringan buat kali yang ketiga, menjarakkan kedudukan 3 gol berbalas satu.

Pasukan Veteran bangkit semula dengan berbekalkan semangat yang kental walaupun kelihatan mereka bermain secara relek, namun apabila pada satu ketika mereka melancarkan torpedo bola bertalu-talu penjaga gol handalan Shahmun menangkis sedaya upaya laksana Gaban dan akhirnya tepisan bola dari penjaga gol betul-betul singgah di kaki pemain iLHaM lalu dengan mudah beliau menyempurnakan jaringan dengan bola perlahan. Penyerang lincah AiRuL kemudian mejarakkan jurang apabila beliau menjaringkan gol yang ke-4 dan ke-5 bagi pasukan Freshies. Namun pasukan Veteran tidak berpatah hati lalu mereka pun terus menyerang kubu pertahanan pasukan Freshies dan pemain berkaliber FaZiLaH berjaya menurunkan level kegembiraan pasukan Freshies dengan menjaringkan gol ke-3 bagi pasukan Veteran. Pemain pertahanan Veteran iaitu Pg RaSMaN menyusuli jaringan apabila penjaga gol Freshies terkeliru dengan tendangan Pg RaSMaN yang berjaya ditepis oleh ShaHMuN ke tiang gol yang kemudiannya mengantul ke penjaga gol dan dengan tergopoh-gapah ShaHMuN cuba menyelamatkan keadaan akan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Freshies apabila bola dengan perlahan meyelusupi pintu gol.

Kedudukan semakin rapat dengan Glasgow Freshies mendahului Glasgow Veteran dengan jaringan 5 berbalas 4. Masa sudah pun di minit-minit akhir dan pasukan Freshies pun inda mau-mau jua, dan mereka pun berjaya menambahkan jaringan apabila penyerang lincah Hammry menendang dengan kencang bola yang mana meluru ke punggung pemain pertahanan Veteran iaitu Hasnan, dan bola pun ter'deflect' ke pintu gawang sendiri, merombak harapan pasukan Veteran untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan pasukan Freshies. Lalu di saat-saat akhir pasukan Veteran mengganas dengan semangat berkobar-kobar yang begitu memuncak yang akhirnya pemain lincah Veteran MeeRa menjaringkan bola yang sebegitu cantik dan tajam apabila bola yang diumpan oleh pemain pintar FaZiLaH melepaskan pergelutan dari perebutan bola di tepi dan terus memacukan bola ke tengah padang lalu sepantas kilat di sambar oleh MeeRa lalu menyumbatkan bola dari jauh iaitu antara gol yang tercantik di malam itu membuatkan pemain pertahanan Freshies terpinga-pinga seakan tidak percaya yang mereka telah membiarkan si 'lipas kudung' berseorangan sehingga berjaya menjaringkan gol ke-5 bagi pasukan Veteran.

Penjaring-penjaring Glasgow Veteran ialah Meera(minit ke 10,48), Ilham(30), Pg Rasman(41), Dillah(45) dan Glasgow Freshies ialah Hammry(20,23,25,46) dan Airul(31,35).

Perlawanan persehabatan ini berkesudahan Glasgow Freshies menewaskan Glasgow Veteran dengan jaringan tipis 6 berbalas 5. Sekali lagi syabas kepada pasukan Freshies yang telah bermain sepenuh jiwa dan raga demi untuk memartabatkan maruah pasukan mereka dan menaikkan status mereka sebagai sebuah pasukan melayu Brunei yang gagah, ulung dan hebat di rantau Scotland ini. Apa yang dapat diperhatikan pasukan mereka ini adalah lebih daripada layak untuk memperjuangkan semangat kesukanan bagi menyahut cabaran pelajar-pelajar Brunei di United Kingdom yang mana akan mengadakan perlawanan bolasepak antara pelajar-pelajar Brunei di United Kingdom pada musim cuti Easter bertempat di JJB Soccer Dome, Manchester United. Sudahkah mereka mengatur strategi untuk bertempur dengan pasukan-pasukan lain? Bersedialah sebelum parah, siapa tahu kini tiba giliran pasukan dari Scotland yang akan meraih gelaran Juara pada musim Easter ini. - Editor iLHaM



Preview Bolaspeak Seterusnya

Kehangatan bolasepak jelas terbayang di Glasgow minggu Jumaat ini apabila perlawanan minggu ini mempertemukan ketiga kalinya, Pasukan Veteran dan Pasukan Freshies.
Dengan berbekalkan semangat juang yg tinggi,kemarahan yg memuncak, adakah Pasukan Veteran mampu mencuba untuk menewaskan pasukan Freshies yg semenangnya sukar untuk ditewaskan?
Untuk perlawanan minggu ini, Pasukan Veteran akan membariskan pemain-pemain mereka sebelum ini, tidak ketinggalan juga dengan Pasukan Freshies,yg akan menurunkan pemain-pemain berbisa mereka.

Oleh itu, datanglah beramai-ramai utk menyaksikan perlawanan minggu Jumaat ini, bertempat di Stadium Stevenson, masuk adalah percuma.
Jumpa lagi di minggu hadapan, pada hari dan waktu yg sama.
Perhatian - Kepada penyokong kedua-dua pasukan adalah dilarang dan ditegah sama sekali membawa botol-botol minuman keras, payung, bahan-bahan letupan, makanan yg boleh memudaratkan para-para pemain dan benda-benda tajam. - Editor Ewam





Ahad 28 Jan 2001 - GLASGOW Veteran 5 - 6 GLASGOW Freshies

Nampaknya Glasgow Veteran kecundang lagi buat kali kedua musim ini di tangan Glasgow Freshies yang tabarus dengan jaringan yang amat tipis lagi. Dengan hanya berbekalkan enam pemain dibandingkan dengan tujuh pemain Freshies, pujian harus diberikan kepada Glasgow Veteran di atas semangat juang mereka melawan Glasgow Freshies tanpa penyerang berbisanya Ak Ilham yang tidak dapat berjuang kerana menyahut seruan negara. Tetapi perlawanan pada hari itu memang sengit seperti sudah dijangkakan dan keputusan itu lah sebagai buktinya. Glasgow Veteran tidak berputus asa di atas kekalahan itu dan akan terus meningkatkan semangat juangnya dan jangan hairan suatu hari nanti Glasgow Veteran akan mengaibkan Glasgow Freshies. Insyaallah...

Penjaring-penjaring Glasgow Veteran ialah seperti yang telah diduga Awg Luni(3), Dillah(1) dan MeeRa(1) dan Glasgow Freshies tidak hairan tidak bukan Awg Hammry(3), Amp Airul(2) dan Jiing(1). Tahniah diucapkan kepada penjaring-penjaring dan kepada yang tidak belurih jangan hampa teruskan usaha biskita, insyaallah akan tercapai. - Editor Badar247



 

Preview Perlawanan Bola 28-1-2001

Perlawanan indoor football di antara Pasukan Veteran dan Freshies dijangka sengit hujung minggu ini disebabkan badi kekalahan yg menimpa Pasukan Veteran minggu lepas. Pasukan Veteran dijangka bermain sepenuh jiwa dan raga, dengan harapan mereka akan dapat mengangkat mertabat yg tercelar setelah diaibkan minggu lepas.

Kemungkinan pasukan Veteran tidak dapat menurunkan pemain handalan mereka, Awangku Ilham, kerana masalah peribadi. Walaupun begitu, pasukan Veteran tetap akan menurunkan kesemua pemain-pemain unggul mereka, Awang Hairul Hassmira, Awang Luni, Awangku Rasman, Awang Fazilah, Awang Hasnan dan Awang Hj Shamsul.

Bagaimanapun pasukan Freshies tetap dengan keazaman mereka untuk mengekalan badi kemenangan. Dengan menurunkan pemain-pemain utama, pasukan Freshies yakin akan memenangi perlawanan tersebut. Pemain-pemain yg dijangka turun ialah Awang Jiing, Awang Shamun, Awang Airul, Pg Salim, Awang Ishak, Abang Zuhaini dan Awang Hammry.
Editor - Ewam


 

Sun 21 January 2001 GLASGOW Veteran 2 - 3 GLASGOW Freshies

Perlawanan Liga Bruneian Glasgow Football diteruskan lagi dengan adanya perlawanan sengit di antara Glasgow Veteran dan Glasgow Freshies. Ia diadakan di complex sukan Antarabangsa Kelvin Hall, Area 3. Atas sedikit kesilapan teknikal dalam hal pengurusan di Stevenson Recreation Centre (SRC), tempat perlawanan telah diubah kepada Area 3(yang lebih kecil) daripada Area 5 di Kelvin Hall. Perlawanan bertambah meriah dan menganas lagi dengan beraksinya kembali pemain-pemain handalan yang baru datang dari Brunei.

Glasgow Veteran terdiri daripada Ilham, Mira, Hasnan, Fazilah, Rasman, Hj Shamsul dan Luni manakala Glasgow Freshies terdiri daripada Abang Zuhaini, Shamun, Pg Salim, Jing, Airol, Ishak dan Hammry.

Antara aksi yang menarik diperlawanan tersebut ialah berlakunya satu tackle kasar ke atas pemain berbisa, Ak Ilham. Pemain tersebut dibawa keluar untuk seketika sebelum kembali beraksi di akhir-akhir perlawanan. Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Glasgow Freshies. Ia berkesudahan dengan jaringan tipis 3 [own goal-Rasman(1), Hammry(1), Jing(1)] - 2 [Mira(1), Ilham(1)]. Setelah tamat perlawanan, kemeriahan di antara ke dua-dua pasukan diteruskan lagi dengan mengadakan sesi fotografi. Sesi itu diadakan di kawasan Kelvin Hall dan University of Glasgow. Kebetulan pada hari itu salji turun dengan lebat membuatkan pemandangan di sekitar tempat tersebut lebih menarik lagi. Pihak penuntut Brunei di Glasgow ingin mengucapkan syabas kepada Glasgow Freshies atas kemenangan tipis diperlawanan tersebut dan diharap dapat melihat lagi perlawanan yang sedemekian di masa hadapan. Maju sukan untuk Brunei dan Glasgow! - Editor Abg Jack



Fri 12 January 2001 GLASGOW A 8 - 6 GLASGOW B

Liga indoor football Glasgow diteruskan lagi setelah direhatkan selama beberapa minggu. Perlawanan pada malam itu berlangsung dengan jaring-jaringan hebat daripada kedua-dua buah pasukan. Walaupun stamina pemain lembab dan kurang bertenaga, perlawanan dapat juga diteruskan dengan jayanya. Para-para penjaring pada malam itu ialah Awang Luni (3), Pg Salim (3), Awang Ishak (1) bagi pasukan A, manakala Awang Hammry (5) dan Awangku Rasman (1) untuk pasukan B.

Perlawanan seterusnya dijangka sengit dengan kembalinya pemain-pemain handalan kita yang baru pulang beraya dari Brunei, Awang Airul, Awangku Ilham, Awang Shamun dan Awang Hairul Hassmira.

Maju Sukan Untuk Kesihatan Semua.- Editor - Ewam


 

Fri 22 December 2000 GLASGOW FaV 1 - 1 GLASGOW MarV

Keputusan semalam hanya seri di antara kedua-dua pasukan. Gol tunggal Glasgow FaV dijaringkan oleh Abg Zuhaini. Manakala gol ulung yang begitu 'memacik' jaringan ishak pada minit-minit permulaan bagi Glasgow MarV.

Glasgow FaV (FaVourite) terdiri daripada Hammry, Luni, Abang Zuhaini dan Hj Shamsul. Semantara Glasgow MarV (MarVelous) dibintangi oleh Fazilah, Rasman, Hasnan dan ishak.

Perlawanan semalam agak sedikit dikesali atas ketidaksefahaman di antara organizer Luni dan pihak SRC mengenai booking time dengan alasan field maintenance. Jadinya perlawanan semalam terpaksa ditamatkan hanya berkesudahan dengan seri.



 

Fri 15 December 2000 GLASGOW A 8 - 7 GLASGOW B

Oleh kerana perlawanan semalam adalah perlawanan yang terakhir, tendangan penalty dijalankan. Keputusannya:GLASGOW A 3 - 2 GLASGOW B

Thanks to all students yang participate dan diharap akan mengadakan perlawanan seterusnya tahun 2001 akan datang


[Back] [home] [Top]

©HadzBrunei 2000-2001