TerBaru!!! (Uploaded 5/5/2001)
Bolasepak Masih Di Sini!
Jumaat 4 May 2001 Perlawanan persahabatan bolasepak indoor kini kembali walaupun saat-saat musim peperiksaan akan tiba. Perlawanan kali ini adalah sebagai melepaskan penat lelah dan stress setelah menamatkan TDP penuntut tahun 3 dan setelah menyiapkan report yang tidak habis-habisnya. "Baik buat aktiviti seperti bermain bola sebagai menghilangkan pressure revision...daripada baku...bekurung dalam bilik 24 jam!...refresh bah! Belajar belajar jua...mind mesti fresh jua...anyway good luck in our study", kata seorang penuntut.
Perlawanan semalam berkesudahan seri 4 - 4 di antara pasukan campuran Jiing, Fazilah, Airul, ILHam, Abang Zuhaini, Shahmun dan Pg Salim dengan pasukan yang diwakili oleh Hammry, MeERa, iSHak, Hasnan, Ak Rasman dan Hj Shamshul. Gol-gol dijaringkan oleh Jiing(2), Pg Salim(1), ILham(1) dan di sebelah pihak oleh Hammry(2) dan MeERa(2) Semoga bertemu di masa-masa yang akan datang
(Uploaded 17/4/2001)
Mengisi Masa Cuti
Ahad 15 Apr 2001. Memandangkan cuti easter masih berjalan, penuntut-penuntut kini masih lagi mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak, walaupun kelmarin sudah diadakan. Ini adalah atas sebab ketidak puasan bermain bola pada kelmarinnya kepada beberapa orang penuntut. Perlawanan hari ini, sekali lagi disusun dengan mengadakan undian di kalangan pemain. Pasukan yang diwakili oleh Jiing, MeERa, Airul, Hasnan dan Fazilah dinamakan sebagai pasukan pertama. pasukan ke dua diwakili oleh Shahmun, iLHaM, Abang, Hammry, Pg Salim dan Hj Shamshul.
TerKini!!! (Uploaded 14/4/2001)
Perlawanan Sengit Di Antara Veteran dan Freshies
Sabtu 14 Apr 2001. Perlawanan hari ini menampakkan satu kemajuan kepada kedua-dua pasukan setelah bermain dengan ahli-ahli yang berlainan pula. Pasukan Most Veteran diwakili oleh Ak Rasman, Fazilah, MeERa, Luni, Hj Shamshul dan pemain tukaran Shahmun sementara Most Freshies disertai oleh Hammry, Jiing, Airul, Abang Zuhaini, Pg Salim dan pemain tukaran Ak iLHam dan Hasnan. Perlawanan hari ini berlalu tanpa kehadiran Ishak
Perlawanan persahabatan ini telah berakhir dengan kemenangan Most Freshies dengan jaringan 6 berbalas 4 dengan Most Veteran.
(Uploaded 11/4/2001)
Perlawanan Bolasepak Tetap Diteruskan
Selasa 10 Apr 2001. Sekali lagi Freshies telah memenangi
perlawanan persahabatan dengan Veteran. Pada perlawanan ini pertukaran
pemain iaitu Ishak dan Hasnan dilakukan di antara Veteran dan Freshies.
Seperti biasanya jaringan dibuat oleh scorer biasa di kedua-dua
pasukan seperti Jiing, Hammry, Airul, Pg Salim, MeERa dan Fazilah. Perlawanan berakhir dengan jaringan kemenangan pihak Freshies
4 berbalas 2 gol dengan Veteran.
(Uploaded
7/4/2001)
Kemenangan Besar Untuk Freshies
|
Shahmun tetap cekap menangkap bola tendangan
dari Veteran
|
Jumaat 6 Mac 2001. Perlawanan di antara Freshies dan Veteran
disambung memandangkan cuti Easter masih berjalan. Perlawanan semalam
telah dimenangi oleh Freshies dengan jaringan 7 berbalas
2 dengan Veteran. Penjaring-penjaring Freshies ialah Airul,
Jiing, Pg H Salim dan Hammry sementara penjaring Veteran ialah MeERa
dan Fazilah.
(uploaded 1/4/2001)
Veteran dan Freshies Kembali Bertempur
Jumaat
30 Mac 2001. Perlawanan persahabatan di antara Glasgow Veteran
dan Glasgow Freshies kini kembali lagi setelah sekian lama tidak
beraksi dengan member-member Veteran dan Freshies. Perlawanan yang
bertempat di Stadium Stevension pada malam itu begitu agak 'competitive'.
Pada minit-minit awal, pasukan Glasgow Veteran telah mendahului
perlawanan melalui Awang Luni. Freshies tidak juga mahu ketinggalan
dengan terhasilnya jaringan pertama yang dibuat oleh Awang Jiing.
Memang hebat perlawanan pada malam itu, kedua-dua pasukan mahukan
kemenangan. Dan sekali lagi Awang Luni menjaringkan yang secara
langsung menambahkan jaringan Veteran menjadi 2 berbalas 1. 'Inda
mau-mau', shot yang dibuat oleh Awang Airul tepat pada sasaran membuatkannya
seri 2-2. Veteran memang terus berusaha setelah buat kali ketiganya
Awang Luni membuat jaringan setelah beberapa kali membuat shot cubaan
namun tidak menembusi gawang jagaan keeper handalan Freshies Awang
Shahmun. Setelah itu Pg Hj Salim telah membuat try dan bola terus
memasuki gawang Veteran dan secara langsung score pada ketika itu
seri 3-3.
Setelah di minit-minit akhir perlawanan (next field user datang),
sekali lagi Freshies menambahkan jaringan ke empat melalui Awang
Airul dan perlawanan pada malam itu ditamatkan 'drastically' setelah
jaringan tersebut. Perlawanan semalam dimenangi oleh Glasgow
Freshies 4 {Airul(2), Jiing(1) & Pg Hj Salim(1)} sementara Glasgow
Veteran 3 {Luni(3)}
Editor - HB
Perlawanan Bolasepak Persahabatan (Outdoor) - (Uploaded 28/3/2001)
Selasa, 27 March 2001. Perlawanan bolasepak (outdoor 7 a-side & 9 a-side) persahabatan di antara Penuntut- Penuntut Brunei dengan Penuntut-Penuntut PHD yang menuntut di University of Glasgow telah berlangsung di Garscube Sport Complex, Kelvin Campus, University of Glasgow. Untuk liputan dan gambar aksi-aksi para pemain bolasepak sila klik di Sini
GKM TETAP MENANG - (Uploaded 11/3/2001)
Jumaat 9 March 2001 Persediaan
untuk perlawanan bola yang akan disiarkan secara tidak langsung
di Manchester kelak telah berlangsung malam semalam bertempat di
Stadium Stevenson. Kesemua pemain telah datang bertempur di perlawanan
yang begitu sengit sekali.
Warming up sebelum
memulakan pelawanan persahabatan
|
Sekali lagi perlawanan persahabatan
ini dibuat dengan ber'kumpis' bagi menentukan ahli bagi pasukan
masing-masing: Glasgow Kumpis Menang (GKM) dan Glasgow
Kumpis Kalah (GKK). GKM telah dibintangi oleh bintang-bintang
baru yang menyerlah dalam karier mereka sebagai pemain bola separuh
amatur iaitu Shahmun (our splendid Goal keeper), MeERa, Hasnan,
Fazilah, Luni, Abang Zuhaini dan iLHaM. Sementara GKK dianggotai
oleh pemain-pemain tambahan yang terdiri daripada Hj Shamsul (keeper),
Hammry, Jiing, Airul, Ishak, Pg H Salim dan Ak Rasman.
Gol pertama dijaringkan oleh Awang
Luni dari GKM setelah sekian lama jaringan tidak dapat dihasilkan
oleh kedua-dua pasukan yang membuatkan para pemain begitu buas sekali.
Tidak lama kemudian, GKK membuat jaringan pertama mereka melalui
pemain lincah Awang Hammry. Jaringan terikat satu sama.
Kedua-dua pasukan tidak berpuashati
dengan kedudukan seri, masing-masing begitu ghairah hendak menambahkan
jaringan. Akhirnya, Awang MeERa dapat membolosi gawang yang dipertahankan
oleh Hj Shamshul. GKM beria-ia untuk memenangi perlawanan kali ini
dan akhirnya menghasilkan satu gol lagi melalui Awang Fazilah. Tidak
disedari, GKM telah mendahului GKK dengan jaringan 3-1.
Dengan semangat yang berkobar-kobar
umpama api obor, kedua-dua pasukan terus mengganas di medan pertempuran
seperti tentera serbia kejumpaan puak bosnia. Dengan terkapus-kapus
mengelecek bola menggunakan skill yang amat mengelirukan sekali
ya, Airul secara tiba-tiba telah menendang bola yang begitu bulat
sekali dengan kederasan yang melampaui batasan dan tidak berperikemanusiaan
menembusi gawang GKM yang telah dibocori sebelumnya untuk menjaringkan
gol ke-2 GKK. Para pemain terkejut dengan serangan tebarus Airul
untuk seketika. Asakan bertubi-tubi Airul membuahkan hasil lagi
diakhir-akhir perlawanan untuk gol ke-3 GKK. Nampaknya keputusan
mungkin berakhir dengan 3 sama. Tetapi malang sekali bagi GKK, Awang
MeeRa telah menjaringkan gol kemenangan GKM pada minit-minit akhir
perlawanan.
Konklusinya, GKM telah memenangi
perlawanan persahabatan sempena persediaan untuk ke Manchester kelak
dengan jaringan 4 [Luni, MeERa(2), Fazilah] berbalas 3
kepada GKK [Hammry, Airul(2)]. – Editor HB
& Zaki
APA DAH JADI? - (Uploaded 3/3/2001)
Perlawanan semalam (Jumaat,2/3/2001) adalah
sebagai pengasah skil dan stamina pemain untuk persiapan skuad bolasepak
Glasgow. Pembahagian para pemain dilakukan secara sistem 'kumpis'.
Pasukan Glasgow Kumpis Manang(GKM) dibintangi oleh Fazilah, MeERa,
Pg Hj Salim, Shahmun, Hasnan, Ishak dan Luni manakala Airul, Jiing,
Hammry, Hj Shamshul, Abg Zuhaini, Pg Rasman dan Ak iLHaM mewakili
Glasgow Kumpis Kalah (GKK). Pada kali ini, sistem kumpis dapat membahagikan
para pemain handalan Glasgow X-Treme secara seimbang.
Bertempat di Glasgow Kelvin Hall International
Sports Arena, perlawanan dimulakan agak lewat sedikit akibat kelambatan
pemain datang ketempat yang disebutkan. Serangan GKM menjadi di
minit-minit awal perlawanan apabila Fazilah menyudahkan bola yang
terhidang di depan mata. Pasukan GKM menambahkan gol mereka bila
MeERa merebut peluang di atas kesilapan petahanan GKK. Pasukan GKK
cuba bangkit dengan mengatur beberapa serangan tapi dapat dipatahkan
oleh petahanan kental GKM. Pasukan GKM semakin bersemangat bila
Pg Salim menambahkan gol bagi GKM. Pasukan GKM menjarakkan gol mereka
bila sekali lagi MeERa tidak mesia-siakan peluangnya apabila hantaran
yang dibuat oleh pemain GKK tepat kepada beliau. Walaupun pasukan
GKK cuba merapatkan jurang gol tapi kesemua pegerakan merka di kunci
dan beberapa percubaan bahaya mereka dapat diselamatkan oleh Shahmun,
penjaga gol GKM. Nampaknya pasukan GKM berpesta gol bila Pg Salim
menambahkan gol peribadinya dan ini menjadikan pasukan GKM membelasah
pasukan GKK 5 gol tanpa balas. Inilah buat kali pertama dalam liga
ini, jaringan yang begitu jauh jaraknya.
Adakah GKK berputus asa dan tidak bermaya dengan
gol-gol yang dibuat oleh GKM? TIDAK! Nampaknya, GKK bangkit dengan
serangan bertubi-tubi dan berhasil menembusi gawang GKM. Tendangan
licik dari Jiing berjaya menewaskan Shahmun bagi gol pertama beliau
malam itu. Kelekaan pemain GKM ternyata membawa padah kepada mereka
apabila pemain sesasi GKK, Ak iLHaM, membuat percubaan yang telah
mengelirukan Shahmun dan menambahkan gol GKK. GKK membuat asakan
demi asakan yang mana akhirnya membuahkan hasil. Sekali lagi, Jiing
menjaringkan gol kedua beliau dan ketiga bagi pasukan GKK. Semangat
kedua-dua pasukan kembali bangkit berkobar-kobar dengan berbalas-balas
serangan sehingga terjadinya insiden petembungan di antara Luni
dan Airul. Ini mengakibatkan permainan terpaksa diberhentikan sebentar
kerana kedua-duanya mengalami cedera. Namun kedua-duanya meneruskan
bermain setelah berehat sebentar.
GKK nampaknya tidak berpuas hati dengan ketinggalan
2 gol. Sepakan Pg Rasman telah meloloskan hadangan daripada para
defender GKM untuk merapatkan jurang gol. Walaupun masa bermain
begitu dikelirukan oleh footbal organizer iaitu perlawanan semalam
hanyalah sejam dan bukannya 2 jam yang diinformkan pada awal perlawanan,
para pemain tidak mengendahkan masalah tersebut dan mengambil kesempatan
untuk meneruskan permainan. Pasukan GKM berjaya menambahkan jaringan
ke enam mereka melalui Luni.
Setelah masa telah pun agak singkat kerana gelanggang
telah ditunggu oleh penempah seterusnya, perlawanan telah ditamatkan
dengan berkesudahan GKM 6 dan GKK 4
- editors HB & A
PERHATIAN!
Kepada semua pemain-pemain yang belum menjelaskan fee sebanyak
£4 to our indoor footballer, bayaran boleh dibuat kepada representatives
kita: Awang Meera or Awang Ishak ataupun direct kepada Menteri
Sukan, Yang Berbahagia Awang Luni
|
Perlawanan persahabatan
indoor football di antara penuntut Brunei di Glasgow:
GLASGOW A GLASGOW B
__________________________________________________
Luni Rasman
Fazilah Abg Zuhaini
Airul Hammry
Shahmun Ishak
Hj Shamsul MeERa
Pg Salim Jiing
Hasnan iLHaM
___________________________________________________
Indoor Football Sesi 2001
GLASGOW VETERAN GLASGOW FRESHIES
_____________________________________________________
MeERa Ishak
Luni Airul
Hj Shamsul Jiing
Fazilah Pg Salim
Hasnan Abg Zuhaini
iLHaM Shahmun
Pg Rasman Hammry
______________________________________________________
Note: pertukaran pemain di lain-lain matches
|
League 2000/2001 - Summary
Fri 10 Nov 2000 GLASGOW A 10 - 6 GLASGOW B
Fri 17 Nov 2000 GLASGOW A 11 - 3 GLASGOW B
Fri 24 Nov 2000 GLASGOW A 8 - 7 GLASGOW B
Fri 01 Dec 2000 GLASGOW A 4 - 5 GLASGOW B
Fri 15 Dec 2000 GLASGOW A 8 - 7 GLASGOW B
Fri 22 Dec 2000 GLASGOW FaV 1 - 1 GLASGOW MarV
Fri 12 Jan 2001 GLASGOW A 8 - 6 GLASGOW B
Sun 21 Jan 2001 GLASGOW Veteran 2 - 3 GLASGOW Freshies
Sun 28 Jan 2001 GLASGOW Veteran 5 - 6 GLASGOW Freshies
Fri 02 Feb 2001 GLASGOW Veteran 5 - 6 GLASGOW Freshies
Sat 10 Feb 2001 GLASGOW Veteran 7 - 8 GLASGOW Freshies
Fri 16 Feb 2001 GLASGOW XTreme 5 - 2 GLASGOW XTra
Sat 24 Feb 2001 GLASGOW (Chos Menang)5 - 5 GLASGOW (Chos Kalah)
Fri 02 Mar 2001 GLASGOW Kumpis Manang 6 - 4 GLASGOW Kumpis Kalah
Fri 09 Mar 2001 GKM 4 - 3 GKK
Fri 30 Mar 2001 GLASGOW Veteran 3 - 4 GLASGOW Freshies Fri 06 Apr 2001 GLASGOW Veteran 2 - 7 GLASGOW Freshies Tue 10 Apr 2001 GLASGOW Veteran 2 - 4 GLASGOW Freshies
Semasa di Manchester
Indoor Football |
|
To review previous matches (Soccer Archives) click
here |