(uploaded
4/4/2001)
Taklimat Kerjaya di Angkatan Tentra Laut Di Raja Brunei
Selasa, 3 April 2001. Taklimat kerjaya telah diadakan oleh pegawai-pegawai
Angkatan Tentra Laut Di
Raja Brunei ( Royal Brunei Navy - RBN) bertempat di ClydeBank.
Taklimat ini bertujuan sebagai pembuka minda kerjaya di bidang ketentraan
kepada para penuntut yang hadir pada hari tersebut. Taklimat dimulakan
oleh ucapan ringkas daripada Lt.Col. Nooradin. Kemudian taklimat
dimulakan yang disampaikan oleh Kpt.Hj Amirul. Taklimat berkisar
mengenai kerjaya yang ditawarkan, process pengambilan dan juga qualification
menyertai RBN. Satu presentation yang begitu excellent.
Di akhir taklimat, sesi soal jawab juga dijalankan. Setelah taklimat
ditamatkan, jemuan ringan juga tersedia..

Para penuntut juga diberi peluang istemewa melawat Offshore Patrol
Vessel OPV 1 secara dekat.
(4/4/2001)
Gambar-gambar aksi Badminton SukaRia klik di sini
(Uploaded 26/3/2001)
Sambutan Awal Tahun Hijriah 1422
Ahad, 26hb Mac 2001. Kedatangan bulan Muharram bagi menandakan bermulanya
kalendar Hijriah 1422 telah pun disambut dengan meriahnya oleh penduduk
Brunei yang bermastautin di Glasgow, Scotland. Untuk liputan sepenuhnya
sila klik di SINI
(Uploaded 22/3/2001)
Road-To-Manchester
Trip team Glasgow diperlawanan indoor football di Manchester anjuran
penuntut Brunei di Cardiff, Wales. Untuk liputan sepenuhnya sila klik
di SINI
Kehangatan Bowling Kini Kembali
- (updated 19/2/2001)
Ahad,18 Feb 2001 Setelah berehat seketika acara bowling
dihidupkan kembali buat pertama kalinya pada tahun ini dengan beraksinya
bintang-bintang bowling lama dan baru. Antara yang ikut serta pada
malam itu ialah Lt.Col.Nooradin dan isteri dan Kpt.Hj Amirul. Walaupun
tidak kesemua penuntut ikut serta dalam permainan bowling itu, namun
kehangatannya masih ketara dirasakan.
Seramai 17 peserta yang mengambil bahagian. Keputusan perlawanan
semalam adalah seperti berikut:
Peserta Round 1 Round 2
---------------------------------------------
Amp Airul 124 110
Ak iLHaM 129 115
Hasnan 73 98
Ishak 81 94
MeERa 144 109
Hammry 50 85
Pg Hj Salim 83 86
Shahmun 79 90
Marzalinah 65 98
Hj Shamshul 87 94
Fazilah 122 107
Abg Zuhaini 110 75
Kpt Hj Amirul 120 127
Dk Ratna 69 88
Lt.Col Nooradin 119 137
Mohd Albi 97 91
Hjh Noraisah 98 72
--------------------------------------------
Daripada keputusan itu, nampaknya bowler MeERa telah memecahkan
rekod pada malam itu dengan score sebanyak 144 dalam pusingan pertama.
Juara keseluruhan disandang oleh Lt.Col.Nooradin dengan jumlah score
256, diikuti oleh MeERa (253),Kpt Hj Amirul(247), Ak iLHaM(244),
Airul(234) dan Fazilah(229)
Walaupun MeEra mampu melakukan score yang tertinggi pada pusingan
pertama, namun kejuaraannya tidak bertahan. Lt.Col.Nooradin telah
dapat menghapuskan gelaran 'juara' pada MeERa setelah beliau mengscore
sebanyak 137 pada pusingan kedua.
"Lambat panas", kata Lt.Col.Nooradin setelah ditanya mengenai
pusingan pertama beliau.
Seperit biasanya bowler Airul (salah satu peserta bowling tournament
anjuran GUSS tahun lepas) telah bermain dengan begitu aggressive
sebagai Bintang 71 Edinburgh, namun kebisaan beliau tidak
begitu mematikan kehandalan para pemain yang lain.
Bermacam-macam lontaran yang telah dibuat pada malam itu. Ada cross
ala 'Giggs'(Abg Zuhaini), lontaran ala 'Beckham' (Hasnan) dan ada
juga lontaran bola terkebelakang(Hjh Esah). Walaupun demikian, kemeriahan
tetap dirasakan. Komen demi komen dan alasan dibuat setelah ditanya
dengan keputusan masing-masing.
"Rupanya bola balum ditangas", kata Pg Hj Salim.
"Sabab apa, aku masih sangal-sangal lapas main badminton kelmarin
bah! Lagi pun balum cukup panas....tapi ok jua. Masa round ke dua
ada improvement sedikitlah", alasan Hammry yang merangkap sebagai
pemenang Super Flop Of The Night pada malam itu dengan jumlah
score 145. Ini telah mengekalkan kemenagan(Super Flop Of The Evening)
beliau pada bowling tournament tahun lalu.
Kepada bintang-bintang bowling kita dengan score yang tertinggi
atau sebaliknya diucapkan syabas,tahniah dan terima kasih kerana
datang dan jangan lupa cuba lagi lain kali dan diharap akan ikut
serta lagi pada lain keluaran.
|
|
PELANCARAN ROYAL BRUNEI NAVY OFFSHORE PATROL VESSEL
(OPV 01)
Sabtu, 13 January 2001 Perasmian salah satu
kapal tentera Laut bagi Royal Brunei Navy telah selamat dijalankan.
Sebanyak tiga buah yang ditempah untuk Royal Brunei Navy.Kapal tersebut
adalah bagi type Offshore Patrol Vessel 01 (OPV 01). OPV ini dibina
oleh BAE SYSTEMS di Glasgow.
OPV 01 adalah satu-satunya warship yang pertama yang pernah dilabuhkan
di Clyde river, Glasgow keluaran BAE
SYSTEMS . Sebanyak dua buah lagi yanag akan siap dibina dan
OPV 02 dijangka siap dibina dalam bulan Julai ini dan sebanyak 15
buah yang telah disign kontrak oleh BAE
SYSTEMS dengan lain-lain negara.
Antara yang hadir pada hari bersejarah tersebut ialah Let.Col.Nooradin
Hj Yaakob dan sejawatan serta keluarga. Tidak ketinggalan dengan
kehadiran pentutut-penuntut Brunei yang menuntut di University of
Glasgow dan Stratchlyde University. Ratusan orang ramai juga turut
sama-sama datang menyaksikan perasmian itu.
Pada perasmian tersebut, lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam
dimainkan dan doa. Ianya dirasmikan oleh Secretary of state for
Scotland, Rt.Hon.Dr.John Reid - "Good fortune to her and all
who sail in her"
Semasa persamian tersebut azan juga dikumandangkan oleh Mej.Hj Suhaili
Hj Tengah. Syabas dan tahniah kepada Angkatan Tentera Laut DiRaja
Brunei for our very first Bruneian Offshore Patrol Vessel.
Baru!!!
Aktiviti Badminton Diteruskan
- (Updated 19/2/2001)
Sabtu, 17 Feb 2001 Badminton sukaria telah diadakan sekali
lagi bertempat di Glasgow International Sports Arena. Para pemain
terdiri daripada penuntut penuntut Brunei di kawasan Glasgow serta
sebahagian Angkatan Tentra Laut Di Raja Brunei kita yang bertugas
di Glasgow. Nampaknya sambutan pada kali ini lebih meriah daripada
yang sebelumnya namun hampir sebahagian penuntut tidak dapat datang
atas alasan peribadi. Diharap pada lain keluaran diminta semua penuntut
yang berminat dengan badminton agar dapat datang bermain dengan
bersemangat.
Badminton SukaRia
- (updated 4/2/2001)
Sabtu, 3 Feb 2001 Badminton sukaria telah diadakan
di Glasgow Kelvin Hall Sports Arena. Badminton sukaria ini adalah
salah satu aktiviti-aktiviti orang-orang Brunei di sini (Glasgow)
dan juga penuntut Brunei yang belajar di Glasgow. Antara yang turut
datang bermain badminton ialah Let.Col.Nooradin, Mej. Hj Suhaili dan
Kpt.Hj Amirul serta penuntut-penuntut Brunei dari University of Glasgow
dan Strathclyde University. Walaupun perlawanan badminton sukaria
ini tidak selalu diadakan, para pemain tetap lincah dengan adegan-adegan
serta taktik tersendiri mereka yang begitu menyerlah. Dengan kehadiran
yang begitu menggalakkan, kemariahan pada hari itu amat ketara sekali.
Diharap akan ada lagi perlawanan badminton sukaria sebegini lagi.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sambutan Hari Raya di rumah Mej.Hj Suhaili telah diadakan pada
hari Sabtu 20 January 2001
Weekend Minitrip
Ahad,7 January 2001 Sebelum bermulanya Term 2 University Of
Glasgow, sebahagian penuntut Brunei telah mengadakan satu rombongan,
Mini Trip, ke tempat yg menarik di Scotland. Di antara tempat-tempat
yang dilawati ialah Loch Lomond, pergunungan Glencoe dan seterusnya
berhari raya di rumah Penuntut Malaysia, Encik Kammarudin. Di samping
mengadakan lawatan, sesi pengambaran adalah aktiviti penuntut ini.
Gambar-gambar ini tidak dapat dipaparkan kerana masalah teknikal -
Editor Hammry
SAMBUTAN HARI RAYA
Sabtu, 6 January 2001, Hari Raya open-house telah diadakan
di rumah Stf.Sgt Shahrom.Yang lain bila lagi?
|