HadzBrunei News Archives

Di Sini Bermulanya | Mengenai HadzBrunei | Informasi Terkini | Bruneian Glasgow League | HadzBrunei News Archives | HadzBrunei's Poll | HadzBrunei Hits Collection | Photo Gallery | Photo Gallery Plus | Photo Gallery Xtra | HadzBrunei Guest Book | Contact HadzBrunei Di Sini | Links Yang Popular

BRUNEIAN LIVERPOOL INDOOR FOOTBALL CUP

Sabtu 11 November 2000, penuntut Brunei menuntut di UK dan khasnya di Liverpool telah menganjurkan 'WINTER' Indoor FOOTBALL MATCH bertempat di JJB SOCCER DOME, Manchester.

Tidak terlepas, musim ini pasukan penuntut Brunei di Glasgow telah menghantar dua pasukan iaitu GLASGOW A & GLASGOW B.

GLASGOW A:
Airul,Hairul Hassmira, Hammry, Luni, Jeeng dan Hasnan

GLASGOW B:
Ishak, Abg Zuhaini, iLHaM, Shahmon, Fazilah dan Rasman

GLASGOW A telah dapat menempatkan ke pusingan quarter final sahaja. Manakala GLASGOW B pun boleh dikatakan bermain dengan cermerlang di gelangang Manchester.

Semua pemain diucapkan ribuan terima kasih kerana telah bermain dengan semangatnya. Dan juga kepada semua penuntut Glasgow yang sama-sama terlibat menjayakan journey dan sanggup turun ke Manchester demi menyahut seruan penuntut-prnuntut Liverpool terutama sekali ZuL, iLHam dan Rasman of being our brilliant drivers.

Sekali lagi SYABAS!!!!!

Hope next year akan lebih berjaya lagi!

BOWLING TOURNAMENT ANJURAN GUSS

Ahad, 12 November 2000, persatuan penuntut Brunei di Glasgow (BGESS) telah ikut serta dalam tournament bowling anjuran Glasgow University Singapore Society (GUSS) bertempat di AMF Glasgow Bowling.

Sebanyak belasan pasukan turut serta mengambil bahagian yang terdiri daripada penuntut Singapore dan juga Brunei. Tidak terkecuali, BGESS telah menghantar empat pasukan yang mana hanya pasukan yang terdiri daripada Airul, iLHam, Fazilah, Syimmah dan Marzalinah telah berjaya meraih NAIB JUARA (tempat ke dua).

Juga mendapat certificate istemewa kepada kedua pemain BGESS iaitu Hammry dan Hajah Yanti.

Tahun lepas Syimmah telah menjuarai 'Woman's Champion'

Congratulations! kepada pasukan BGESS kita.
(sorry quality gambar kurang memuaskan)

NISFU SYAABAN

Ahad, 12 November 2000, bertempat di rumah Left.Col Nooradin di Fintrey Garden Bearsden, Glasgow. BGESS telah mengadakan majlis Nisfu Syaaban bagi tahun 1421 Hijrah.

MAJLIS BERBUKA PUASA & HARIJADI

Sempena Bulan Ramadhan ini, pada hari Sabtu, 2 November 2000, Majlis berbuka puasa seterusnya sambutan hari jadi Hajah Yanti di Strathclyde diadakan. Diharap semua yang dijemput agar akan dapat hadir pada hari tersebut.
Terima Kasih
Terima kasih diucapkan kepada keempat-empat tuan rumah. Majlis yang begitu berjaya. Hampir semua hadir pada hari tersebut. Diharap agar ada lagi function sebegitu nanti.

Ps: Happy Birthday to 'Ayan'
Yang lain bila lagi?

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Sekarang awda boleh mendengarkan siaran RADIO RAMADHAN 105.4FM (Glasgow). Broadcasting 24 Hours 7 Days disepanjang bulan Ramadhan 1421H. Waktu sembahyang dan waktu berbuka puasa juga ada disiarkan.

SELAMAT BERANGKAT & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Kepada semua penuntut Brunei yang menuntut di University Of Glasgow, StrathClyde University dan yang berada di Edinburgh:Diucapkan selamat balik Brunei dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Antara yang balik Brunei ialah iLHaM (actually ia singgah di Cairo then baru balik Brunei), Meera, Mohd ALbi (Present President Of BGESS), Hjh Noraisah, Pg Salim, Airul, Shahmun & Justina. Students di StrathClyde seperti Syimma, Yus, Rohana,Hjh Yanti and friends dan juga Yanti dan Noraisah di Edinburgh. (Kalau silap atau namanya tidak disebutkan, HadzBrunei meminta maaf) Ingatlah selalu kami yang beraya di Glasgow dan bawa oleh-oleh raya nanti.

Kepada yang tidak sempat balik Brunei, awda boleh juga mendengarkan Radio Brunei sebagai penghibur kerinduan di Hari Raya ini

Siaran NetRadio Brunei(internet) ialah:
Rangkaian Nasional
Rangkaian Pelangi
Rangkaian Pilihan
Rangkaian Harmoni
Rangkaian NurIslam


Schedule for the above netRadio internetcast, klik di sini

Awda boleh mendownload dan seterusnya mendengarkan siaran ini melalui Get RadioDestiny Broadcaster!
Cari information/news selepas Destiny Mediaplayer didownload.

HadzBrunei VFM

***down buat sementara***

HadzBrunei VFM adalah satu saluran internet radio (Virtual FM) siaran live dari Glasgow 247.HadzBrunei VFM mendendangkan lagu-lagu hits English, lagu-lagu hits Melayu dan lagu-lagu hits Raya.

So, apa lagi clik lah di sini mana tahu HadzBrunei VFM ON AIR saat ini. Awda boleh mendengarkannya melalui WEB STREAM (Beta mode - no need to install any software for listening) atau pun menggunakan DESTINY MEDIA PLAYER (tekan Web Button). Jadualnya...mmmmm check saja sebelah malam (UK time) between 10pm up to 2am (belum dipastikan). Semuanya masih dalam percubaan.

AIDILFITRI ON ICE

27 & 28 December 2000 (Raya Pertama/kedua), Salji turun di Glasgow dengan lebatnya sehingga mencecah kira-kira sekaki tebal. Jadinya raya musim ini sebagai WHITE RAYA. Ketika ini suhu begitu sejuk (freezing) sehingga mencecah -8Deg C (Glasgow) dan -13Deg C 'northern' up Glasgow. Snow yang turun ketika ini adalah salji yang boleh dikatakan agak tebal sejak kebelakangan tahun ini (di Glasgow). Sehingga kini (Raya ke empat), snow belum lagi cair. Snowing akan dijangka turun lagi pada new year's eve.

Raya Open House


Sabtu, 6 January 2001, Hari Raya open-house telah diadakan di rumah Stf.Sgt Shahrom.Yang lain bila lagi?